PROG. SLDN SEPANJANG COVID-19

Program SLDN RMKe-11 & 12 antara 2019-2022, semua PB-SLDN sama-sama menghadapi Pendemik Covid-19, aktiviti terbatas dengan perintah PKP, PKPB dan berbagai arahan sehingga awal tahun 2022 menampakan pencerahan/pemulihan.

2.   Sekitar 2020-2021 aktiviti latihan/pembelajarannya agak kesulitan dalam latihan (Teori & Praktikal), dan terpaksa menghadapi suasana covid-19 turun-naik keadaan semasa dan gangguan dalam sesi latihan.

3.   Arahan JPK semua PB-SLDN terpaksa mengadakan sesi kelas Online yang mencabar. Apapun kesulitan ini semua perantis lebih aktif bersedia mengikuti program secara online, diucapkan syabas dan berjaya ke peperiksaan akhir SLDN 2020 - 2021 yang lalu.

4.   Kita harus bersyukur program SLDN tahun 2022, telah beransur pulih dan sedia menjalani aktiviti sldn penuh lebih lancar dan berhati-hati.

 

Dari Teropong penyelaras.

Mac 2022 - 10.00am.


 

PROGRAM P/TAHAP SLDN RMKe-11 TAHUN 2019 - 2022

 

1.   Permohonan Kuota Perantis tahun ini hanya 25 org. sepanjang 2019, 2020, 2021 dan 2022 mulai sesi Feb. - Sept. 2022

2.   PL kami ingin memohon maaf kepada bekas perantis-perantis Tahap 2 yang tidak terpilih atas keadaan kuota terhad ini.

3.  Bagi perantis yang berjaya, ok teruskan cita-cita anda semua mengikuti latihan dalam tempoh 8 bulan yang padat kurikulumnya, dan sedia menghadapi situasi dan NOSS baru (TA-011-3:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA)

4.   Kepada perantis yang berjaya, sila lapor diri dan mulakan latihan SLDN  apabila mendapat kelulusan dari pihak JPK/SLDN.

 

Pesanan Pengurus PB-SLDN?

Ambil peluang ini kerana anda terpilih, renungilah ... rakan-rakan yang kurang bernasib baik diluar sana kemana arah tuju mereka?

 

Sekian,

 

Pengurus PB-SLDN Kol Ezzany.

17 Ogos 2022 - 10.00am. 


PERANTIS P/TAHAP SLDN RMK-11 2018 YANG TELAH MENAMAT LATIHAN



Sesi Feb. 2015

1.   Sesi Feb. 2015, sebanyak 1 lelaki dan 6 orang Perantis Wanita bekas perantis SKM Tahap 2 SLDN Khas RMKe 10 Tahun 2014, telah pun memulakan sesi kurikulum pembelajarannya.  Syukur ... tahun ini mendapat lebihan perantis walaupun tidak sepenuhnya kuota 10 orang.

2.   Mudah-mudahan anda semua tabah mengikuti latihan, jika terdapat apa-apa kekurangan di PL jangan ambil pusing sangat ye?, janji anda semua berjaya dalam SKM 3 nanti.

3.   Prog. SLDN RMK-10 akan berakhir penghujung tahun 2015.  Kita tidak tahu lagi perkembangan RMK-11 sama-sama kita tunggu.

 

------------------------------------------------------------------->>>

 

PROG. PENINGKATAN TAHAP SLDN TAHUN 2013

Sesi Feb. 2013

Pada Sesi Feb. 2013, Prog. Peningkatan Tahap SLDN telah ditawarkan buat pertama kali, dan sebagai percubaan 4 orang Perantis (2) lelaki (2) wanita lepasan SKM Tahap 2 tahun 2012, diberi peluang & tempat untuk melanjutkan pelajarannya ke SKM Tahap Tiga Bidang K-012-3 Penyelia Pembuat Pakaian Wanita.

2.   Kesemua mereka telahpun berjaya dalam peperiksaan akhir SKM Tahap 3 dan telah di Graduatkan pada Majlis Konvokesyen ke 2 Pkt. Negeri Perak pada Dec 2013.

       2:1   Seorang bekas Perantis telah dilantik sebagai Pen. Peg. Latihan                                 Vokasional di Pst. Tahanan Penjara Muar, Johor pd. Jul 2014

               (Mohd. Hanafi Saharuddin) 

      2:2    Seorang telah melanjutkan pelajaran 2 tahun (Diploma Jahitan)

               di Ibu Pej. KEMAS Negeri di Sri Iskandar, Perak (Nor Asmira)

      2:3    Seorang telah terlibat aktif dalam usahawan / perniagaan sendiri

                di Kg. Paya Besar, Batu Kurau, Perak (Nor Zaidah Zakaria).

     2:4     Seorang lagi telah di lantik sebagai Coach SLDN Pen. Tahap SKM 3

               di Pst. Latihan Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak bagi

               Sesi Feb. 2015.  


 

 

 

 

 

 

 

En. Nor Kamar bekas Perantis SLDN/ATM Sesi 2013, telah melangsungkan perkahwinan bersama Mek Kelantan pd. 26 Sept. 2015, di Jln. Banjar, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak semoga bahagia diucapkan.