SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM SLDN:-

 

1. PENUBUHAN PROGRAM SLDN 2009 - 2017

En. Jamaluddin Hassim, berasal dari Redang Panjang, Batu Kurau, Perak adalah seorang DSE SLDN yang berjaya, seorang bekas Pegawai Tentera TLDM (B) , kini Peg. Penilai Luaran apa-apa berkaitan dengan prog. SLDN atau SKM, PPT, VTO Jab. Pembangunan Kemahiran sila berhubung.  

 

2.  Beliau adalah orang yang pertama kali mengesyurkan kami pengusaha syarikat kedai jahit Koleksi Ezzany di Kamunting, Perak. Telah membimbing & nasihat agar menubuhkan prog. SLDN bagi syarikat kecil tidak ternama masa itu.

 

3.  Apalah yang ada?, modal menubuhkan program SLDN  bukan cukup RM1000K?. Walau apapun, atas semangat ingin mencuba kami korbankan sedikit wang simpanan yg. tak seberapa, maklumlah.. kalau nak ambil 10-15 orang perantis dah tentu nak sediakan mesin jahit sejumlah itu juga. Nak tahu berapa harga satu mesin jahit jenama Brother, Yamaha, Yamata @ lain-lain brandnya antara RM1000 - RM2000 x 10 orang dah berapa?. Aduh, itu baru modal mesin, mana komputer/latop/faks/kerusi meja dll. peralatan latihan, kalau tak ada modal mula RM20,000-RM30,000 semangat tak kuat oops jangan cuba-cuba ya.

 

4.  Alkhamdulillah... mulai Feb 2009, pengambilan perantis kali pertama aduh sambutan luar jangkaan dapat melatih perantis prog. SLDN bersiri sehingga penghujung 2017. Walaupun pernah menghadapi berbagai masalah & dugaan, kami begitu selesa dengan adanya insentif perantis & syarikat/PL diberi, aduh... tak lupa musim gawat 2010, kami terpaksa menunggu lewat 6 bln. baru terima elaun/insentif perantis, bayangkan nak makan/minyak motor/kereta pun sengkek nak belanja apa?, semua perantis gelisah macam cacing kepanasan bulan ke bulan takut-takut juga depa semua cabut lari, yalah depa pun nak belanja datang kelas/beli kain untuk latihan, hanya Tuhan yang tahu... sekilas pandang semua perantis kami agak kecewa dengan keadaan pengurusan sldn masa tu.  

 

5.  Tapi syukur, atas semangat tabah dan disiplin tinggi, semua masalah dapat diatasi oleh pihak JPK/SLDN & elaun insentif kami dibayar penuh bukan main seronok enjoy sakan. inilah dinamakan cabaran & sejarah kami kan?. Bukan kami saja semua sykt. PB-SLDN 1Malaysia mengalami nasib sama, ada juga yg. gulung tikar serik hingga sekarang tak nak dah buat program takut lagi banyak masalah dalaman.

  

6.  Walaupun sejarah berlalu, sejarah juga mengajar kami erti kata adat orang 'bissnes'.  Mulai Jul 2011, pengambilan perantis Prog. SLDN kami berterusan ibarat lautan ada pasang surut ombak membawa rebah, walaupun tak pernah kecewa rezeki tetap mendatang. Program SLDN kami terus berkembang berkat doa tabah dan sabar inginkan kejayaan.  

 

7.  Tahun 2012 hingga Dec 2017, kami meneruskan program dan membuka kepada semua calon yang layak, dan tawaran peningkatan tahap SLDN SKM3. Terima kasih juga kami ucapkan kepada PERHEBAT Sg. Buloh & Caw. Ipoh, Perak, kerana banyak menyumbang tenaga dan anggota ATM untuk mengikuti 'Latihan Peralihan'.  Terima kasih semua.

 

8.  RMK-11 Tahun 2018 telah bermula, tawaran permohonan kuota perantis telah dipohon, sama-samalah kita tunggu dan berdoa semoga dimurahkan rezeki lagi untuk meneruskan program SLDN RMK-11 tahun 2018 walaupun iklim ekonomi agak dingin.

 

Pengkaji sejarah,

Oleh: Penyelaras syarikat.

16 Jan. 2018 - 00.40am. update.

 

 


Sejarah Pendemik Covid-19:-

 

Kita tidak menafikan keadaan pendemik Covid-19, sekitar Mac 2019 hingga pengujung tahun 2021 program SLDN agak mengalami kesulitan/terganggu/merimaskan keadaan di bawah perinth PKP-PKPB dan sebaginya.

 

2.  Kelas pembelajarannya terhad tidak dapat bersemuka, kelas online terpaksa diadakan bagi memenuhi 'credit hours' dalam kurikulum pembelajaran.  Latihan praktikal agak merumitkan keadaan, dimana sesetengah perantis tidak faham dan tidak dapat mengikutinya terus/serta tunjuk ajar secara praktikal menjahit/jahitan sebenarnya.  Lebih malang dan dibimbangi jika virus telah mejangkiti sesesorang perantis yang terpaksa menghadapi swab / kuarantin dan sebagainya.

 

3.  Inilah cabaran, cabaran membawa keinsafan dan penat lelah dalam menghdapi situasi hidup/mati sepanjang pendemik Covid-19.  Syukur kepadaNya... awal tahun2022 program SLDN RMKe-12 berjalan lancar dan virus Covid-19 beransur pulih, walau apa pun kita harus sama-sama waspada dengan lain-lain virus mendatang.

 

Sekian, terima kasih.

 

Dari Penyelaras PB-SLDN

25 Ogos 2022 - 2000hrs.

 


Sejarah Lampau Perantis SLDN Kami:-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penubuhan kali pertama SLDN. Kenangan para perantis SLDN bidang K-012 Tahap 2 sesi 2009/2011 bersama DSE En. Jamaluddin Hasim, pengurus dan coach syarikat/ PL Koleksi Ezzany dalam majlis penyampaian sijil SKM.

 

 2. Walaupun mulanya beralaskan tikar, perantis kami tetap sabar tekun dan semua berjaya dalam SKM Tahap 2, inilah yang ada pada kami masa itu, sekarang ada antara 2-3 orang bekas perantis kami dilantik sebagai Jurulaatih Kemahiran di Penjara, Muar, Johor. Sebagi Coach di PB-SLDN dan Pusat Latihan Orang Kurang Upaya (OKU) Taiping sebagai jurulatih kemahiran. 

 

 


2. PROGRAM PERANTISAN BERSAMA GIAT MARA BERUAS

 

 

 

Mejor (B) Johari Bin Yahya, adalah seorang Pengurus GIATMARA Beruas, Perak.  Beliau adalah orang yang pertama kali menawarkan program Perantisan dan program 1Malaysia kepada syarikat kami untuk kerjasama menaja melaksanakan beberapa siri program tersebut.  Terima kasih diucapkan.

 

 

 

Pengurus GiatMara Beruas, pengajar dan Coach dalam sesi bergambar bersama Perantisan Jahitan Pakaian & Langsir

 

 

 

Cik Norhidayah Hamzah, Perantisan Jahitan Pakaian & Jahitan Langsir menerima sijil penyertaan tamat latihan daripada Pengurus GIATMARA Beruas.

 

 

 


3. PROGRAM LATIHAN PERALIHAN ATM BERSAMA PERHEBAT

 

 

 

Kapt.(B) Mohd Radzi Mohd Ali, Peg. Kurikulum PERHEBAT dalam sesi lawatan ke PL Kemahiran Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak.

 

 

Kapt.(B) Mohd Radzi Mohd Ali, sedang memberi taklimat penyelarasan dalam penyeragaman masa & perjalanan kursus kepada para perantis Lat. Peralihan ATM dibawah program SLDN atas tajaan atau sebaliknya di syarikat dan pst. latihan swasta.

 

 

 

Perantis sesi Jan. 2012 sedang menyiapkan kerja-kerja berkumpulan dalam sesi latihan motivasi SLDN.

 

 

 

Perantis sesi Jul. 2012, sedang mencipta moto, logo, messi & versi dalam skrip pembentangan kertas kerja berkumpulan latihan motivasi SLDN.

 

 

 

 

Persembahan kerja berkumpulan latihan motivasi SLDN sedang diadakan.

 

 

 

Para perantis sedang mempersembahkan latihan motivasi kepada kumpulan-kumpulan.

 

 

 

 

Latihan mendraf pola jahitan

 

 

 

Sebagai perantis SLDN anda jangan lupa kemaskini Buku Log, inilah pemarkahan anda diambil kira dalam sistem pemerhatian berterusan dalam peperiksaan akhir nanti.

 

 

 

 

Koleksi pakaian siap dijahit sepanjang mengikuti latihan bengkel.