PROGRAM SLDN P/TAHAP SLDN RMKe-11 TAHUN 2016 - 2017

 

1.   Kuota tawaran perantis tahun ini hanya 5 org. sahaja diluluskan daripada 10 permohonan calon.

2.   PL kami ingin memohon maaf kepada bekas perantis-perantis Tahap 2 yang tidak terpilih atas keadaan kuota terhad ini.

3.  Bagi perantis yang berjaya, ok teruskan cita-cita anda semua mengikuti latihan dalam tempoh 8 bulan yang padat kurikulumnya, dan sedia menghadapi situasi dan NOSS baru (TA-011-3:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA)

4.   Kepada 5 perantis yang berjaya, sila lapor diri dan mulakan latihan SLDN mulai pada 01hb. Mac 2017 jam 8.00 pagi.

 

Pesanan Pengurus PL?

Ambil peluang ini kerana anda terpilih, renungilah ... rakan-rakan yang kurang bernasib baik diluar sana kemana arah tuju?

 

Sekian,

 

Pengurus PL Kol Ezzany.

31 Jan 2017 jam 8.00mlm.

...................................................................................................>>

 

Sesi Feb. 2015

1.   Sesi Feb. 2015, sebanyak 1 lelaki dan 6 orang Perantis Wanita bekas perantis SKM Tahap 2 SLDN Khas RMKe 10 Tahun 2014, telah pun memulakan sesi kurikulum pembelajarannya.  Syukur ... tahun ini mendapat lebihan perantis walaupun tidak sepenuhnya kuota 10 orang.

2.   Mudah-mudahan anda semua tabah mengikuti latihan, jika terdapat apa-apa kekurangan di PL jangan ambil pusing sangat ye?, janji anda semua berjaya dalam SKM 3 nanti.

3.   Prog. SLDN RMK-10 akan berakhir penghujung tahun 2015.  Kita tidak tahu lagi perkembangan RMK-11 sama-sama kita tunggu.

 

---------------------------------------------------------------------------->>>

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Peningkatan Tahap SLDNK Sesi Feb. 2015, sebnyak 7 Perantis mulai mengikuti latihan.








En. Nor Kamar bekas Perantis SLDN/ATM Sesi 2013, telah melangsungkan perkahwinan bersama Mek Kelantan pd. 26 Sept. 2015, di Jln. Banjar, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak semoga bahagia diucapkan.










Cik Norliana Fatin, menunjukan hasil praktikal fesyen baju pengantin terkini 2015 di PL Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak.


Perantis diberi latihan menjahit sulaman berkomputer oleh syarikat pengedar

PROG. PENINGKATAN TAHAP SLDN TAHUN 2013

Sesi Feb. 2013

Pada Sesi Feb. 2013, Prog. Peningkatan Tahap SLDN telah ditawarkan buat pertama kali, dan sebagai percubaan 4 orang Perantis (2) lelaki (2) wanita lepasan SKM Tahap 2 tahun 2012, diberi peluang & tempat untuk melanjutkan pelajarannya ke SKM Tahap Tiga Bidang K-012-3 Penyelia Pembuat Pakaian Wanita.

2.   Kesemua mereka telahpun berjaya dalam peperiksaan akhir SKM Tahap 3 dan telah di Graduatkan pada Majlis Konvokesyen ke 2 Pkt. Negeri Perak pada Dec 2013.

       2:1   Seorang bekas Perantis telah dilantik sebagai Pen. Peg. Latihan Vokasional di Pst.                         Tahanan Penjara Muar, Johor pd. Jul 2014 (Mohd. Hanafi Saharuddin) 

      2:2    Seorang telah melanjutkan pelajaran 2 tahun (Diploma Jahitan)

               di Ibu Pej. KEMAS Negeri di Sri Iskandar, Perak (Nor Asmira)

      2:3    Seorang telah terlibat aktif dalam usahawan / perniagaan sendiri

                di Kg. Paya Besar, Batu Kurau, Perak (Nor Zaidah Zakaria).

     2:4     Seoang lagi telah di lantik sebagai Coach SLDN Pen. Tahap SKM 3

               di Pst. Latihan Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak bagi

               Sesi Feb. 2015. 

 





Mesin jahit sulam 'Brother' adalah salah satu yang terbaik untuk latihan perantis menjahit sulaman berkomputer.