PERANTIS SLDN (KUR PERALIHAN) ATM SESI JAN. & JUL. 2013

Barisan Perantis SLDN Kur Lat Peralihan ATM sesi Jan. - Jul. 2012 & Jan. 2013 sempat merakamkan album foto untuk laman web syarikat & pusat Latihan kemahiran jahitan Koleksi Ezzany anda bagi sesi 2013.

PEPERIKSAAN AKHIR SLDN BAGI PERANTIS SESI JAN 2013 PADA 23 DIS 2013 DI PL JAHITAN KOLEKSI EZZANY

Kenangan Perantis SLDN (ATM) Sesi Jan 2013, sesi bergambar bersama Pengurus PL Koleksi Ezzany Pn. Shaliza Hj Safri, Coach SLDN En. Mohd Noor Abdullah, En. Mohd Hanafi Saharuddin, Pn. Azira Rosly dan Pn. Fatimah (PPL) selepas peperiksaan akhir Teori/Praktikal pada 23 Dis. 2013. Syabas anda semua berjaya...

 

 

 

 

Ya, Penghulu Azman tenang dalam menjawab soalan teori SLDN, walaupun beliau sedang menghadapi dugaan Allah... sabar tawakal berserah kepadaNYA, dan kami warga PL Koleksi Ezzany mengucapkan syabas kerana anak buah kawalan anda semua berjaya di graduatkan SKM dalam peperiksaan akhir SLDN 2013.

 

 

 

 

En. Faridal Ashrash, sedang menjawab soalan teori dalam peperiksaan akhir SLDN Sesi Jan. 2013.  Syabas anda berjaya walaupun agak nakal agrisif & aktif niaga dalam kelas.

 

 

 

 

Jangan termenung, jawab soalan & masa tinggal 15 minit saja lagi ok.


AKTIVITI PERNIAGAAN SAMPINGAN PERANTIS SLDN/ATM SESI JAN & JUL 2013

 

 

Aktiviti perniagaan sampingan oleh Perantis SLDN/ATM Sesi Jul 2013, sempena Majlis Konvokesyen SKM 01/2013 di ruang lobi RTC, Gopeng, Perak 8 Dis. 2013.  Semoga anda berjaya dalam bidang perniagaan setelah tamat kursus.


Salam dari kami

Pengurus/Penyelaras & Coach Koleksi Ezzany (SLDN).

 

Selamat datang perantis kur. Lat. Peralihan ATM sesi Jan. 2013, sebanyak 10 orang baru sedang mengikuti latihan kemahiran bidang jahitan Tahap 2 dan diikuti 6 bulan terakhir jahitan pakaian lelaki (nilai tambah).

 

Selam perkenalan dan selamat belajar diucapkan.

 

Izinkan saya.... Kalau dahulu anda semua sudah menjelajah/merantau ke hutan belentara semenanjung - sabah - sarawak - PBB Lubnan @ Timor Leste dan seluruh dunia dalam missi keselamatan PBB negara luar.  

 

Sekarang anda semua berada di missi penghujung persiapan diri sebelum persaraan, nak jadi YBersara... bukan senang mesti ada persiapan nak jadi ahli koperat atau bisness man, InsyaAllah.... kami cuba membantu anda semua, janji anda semua berminat macam saya juga dulu....tukang jahit je tau...

 

OK anda semua sudah berada disini, jangan jemu melihat pelajaran yang aneh berserabut dan bukan kerja kaum lelaki majoriti macam ni, tak mengapa, sekurang-kurangnya anda semua tahu benda-benda baru dan dapat menjahit baju anak-anak isteri & keluarga jimat kos menjelang H.R Aidilfitri 2013 nanti kan gitu....

 

Sykt. & PL Koleksi Ezzany, akan cuba memberi latihan secukupnya pada semua perantis lama dan baru serta yang akan datang.  Hargailah nilai pemberian kerajaan dan majikan anda (PERHEBAT) yang menaja anda kesini untuk mendapatkan sedikit bekalan ilmu sebelum menempuh ke sektor awam apabila bersara kelak.

 

Bagi perantis berasal dari Sarawak, nasihat kami anda mempunyai potensi besar apabila pulang ke kampung halaman anda.  Ya, disana pun ada prog. SLDN Wilayah Timur (Kuching), jika dizinkan Tuhan anda juga munkin bakal menjadi salah seorang 'Coach SLDN' disana pada satu ketika nanti.  Walau apapun, anda dinasihatkan belajar dengan tekun selok belok jahitan, mudah-mudahan anda akan berjaya sebagai satu pilihan kerjaya anda, inilah doa kami InsyaAllah..... 

 

Anda semua masih muda bertenaga, selamat belajar tanpa jemu hingga ke peperiksaan akhir SLDN 'PENCAPAIAN ANDA DIUTAMAKAN' semoga berjaya dengan izinNYA...

 

Terima kasih dari,

Penyelaras Sykt & PL SLDN.

5 Feb 2013 - 0200hrs.


PERANTIS KUR LAT PERALIHAN ATM SESI JULAI 2013

 

 

 

 

Latihan motivasi dan kerja berkumpulan di kelas pusat latihan adalah salah satu pendedahan kriativiti agenda pembelajaran sldn. 

KUR MOTIVASI BIMBINGAN PERNIAGAAN & PERAKAUNAN     APBM TRONOH, PERAK

 

Selain dari latihan kemahiran jahitan, para perantis juga didedahkan dengan beberapa aktiviti kursus luaran dan inilah gambaran sedang berlaku, para perantis kursus motivasi bimbingan perniagaan sedang mendengar pembentangan kerja berkumpulan dalam sesi kursus.

 

Selain latihan motivasi di PL Koleksi Ezzany, semua perantis juga berpeluang dihantar menjalani kursus latihan motivasi diri dalam bidang perniagaan. Dimana APBM Batu Gajah, Perak juga telah menyediakan tempat menghadiri Kursus Motivasi Bimbingan Perniagaan yang telah dianjurkan pada sesi 1/2012.

 

 

 

Ya, anda semua sudah tahu betapa latihan motivasi diri diperlukan dan anda sendiri dapat tampil kehadapan dalam sesi pembentangan kertas kerja dan nilai-nilai keterampilan diri anda dapat dinilai secara kumpulan.

 

Ya, seorang pegawai APBM Perak sedang memerhati dan menilai keterampilan anda dalam kursus motivasi bimbingan perniagaan semoga anda maju kehadapan jangan berasa malu atau tak ada modal, luahkan perasaan dan berdaya sainglah anda semua.... ok.

Inilah hasil kursus bimbingan perniagaan yang anda perolehi, bukan setakat sijil dianugerahkan, anda harus mempraktikan diri anda semoga menjadi usahawan niaga yang berjaya selepas tamat kursus nanti.

 

T/kasih dan penghargaan kepada Tuan Pengarah, S/Peg./Coach /fasilitator APBM Perak yang dapat menaja para perantis kami dalam kursus motivasi bimbingan perniagaan dan kursus perakaunan kewangan serta penyampaian sijil penyertaan sesi 01/2012.

 

 Terima kasih

Dari Pengurusan

Sykt & PL Jahitan Koleksi Ezzany,

Kamunting, Perak DR.