10/2/2013 jam 3.00ptg. sempena sambutan Maulidul Rasul 1434H. bertempat di perkarangan rumah En. Jamaluddin Hassim dari Redang Panjang, Batu Kurau, Pk. selaku tuan rumah telah mengadakan dan menjemput syarikat-syarikat SLDN dan orang ramai menyertai majlis tersebut, disamping ceramah agama juga tak lupa upcara penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan OKU bagi penduduk sekitar. 

 

 

 

 

En. Jamaluddin Hassim sedang mengedarkan sumbangan kepada fakir miskin dan OKU bagi penduduk sekitar. 

 

 

Anak-anak fakir miskin yang perlu dibantu, kami juga tidak melupai mereka dengan menghulurkan sedikit bantuan untu mereka meneruskan kehidupan yang sempurna.

 

 

 

Semoga anda jua boleh membantu anak-anak dan fakir miskin.  Sumbanglah sedikit dari hasil pendapatan anda, semoga kita sama-sama mendapat rahmat keberkatan dan dimurahkan rezeki lagi.

Yang fakir, yang uzur, OKU lagi memerlukan.

Sama-samalah kita bantu mereka untuk mengecap nikmat kehidupan yang sempurna, bagi yang kaya dan berkemampuan hulurlah sedikit sumbangan anda, yang kurang jangan sekali dilupakan.

 

Allah... maha mengetahui hambanya yang ikhlas, semoga anda semua dari gulungan orang-orang yang mengingatinya dan semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan dunia akhirat.

SAMBUTAN HARI GURU SLDN PADA 1 MEI 2013




MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SKM TAHAP 2 KEPADA PERANTIS PROG. SLDN SESI JUL 2011 & JAN 2012 PD. 30 MEI 2013