MAJLIS KONVOKESYEN KE 7 GABUNGAN PERSATUAN PB-SLDN NEGERI PERAK PADA 5 DEC 2023 BERTEMPAT DI HOTEL TAIPING PERDANA TAIPING PERAK

 

Majlis Konvokesyen ke 7 Gabungan Persatuan PB-SLDN Negeri Perak yang telah diadakan dan dirasmikan oleh Datin Seri Aezer Binti Zubin Yang Dipertua BAIDURI Negeri Perak, pada 5hb Dec 2023 bertempat di Dewan Besar Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak.

2.   Sebanyak 14 PB-SLDN / PPT dan 236 graduan/graduanita telah mengambil bahagian dalam majlis penganugerahan SKM SLDN dan SKM PPT.

3.   Semua pihak PB-SLDN diucapkan syabas telah dapat menjayakan program ini tanpa penat lelah dan penglibatan dana dan tenaga kerja daripada pihak JPK, di pihak Pengarah JPKWT kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian hadir jemputan sebagai pemerhati JPK dan def-def jemputan yang hadir.

4.    Kepada semua Gabungan Persatuan PB-SLDN ini adalah satu kerjasama dan cabaran besar, dimana tahun ini majlis konvokesyen tidak disertai mana-mana pihak JPK samada dari segi bantuan teknikal dana dan tenaga kerja untuk menjayakan mengatur upacara majlis konvokesyen kali ini.  Jika terdapat sebarang kesulitan kekurangan, anggaplah ini satu cabaran besar untuk semua Gabungan Persatuan PB-SLDN Perak maju dan bergerak sendiri demi persatuan yang harus dijaga imej dan kejayaan anda semua

 

Barisan graduan sedang menerima anugerah persijilan masing-masing


MAJLIS KONVOKESYEN KE 6 DI RTC GOPENG PERAK PADA DEC 2018

 

PERANTIS SLDN KHAS & P/TAHAP BATCH MAC 2018


MAJLIS KONVOKESYEN PERANTIS SKM/SLDN KE 5 DI PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) GOPENG, PERAK

PADA 14HB. NOVEMBER 2017


MAJLIS KONVOKESYEN SKM/DKM/PPT/SLDN KE 4

DI DEWAN SERI PERDANA

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH

HULU KINTA, PERAK PADA 2.00 PTG. 7HB. DEC. 2015


 

 

PERSIAPAN DAN LATIHAN UPACARA KONVOKESYEN

SLDN KE 3 2014 DI ADTEC TAIPING, PERAK

Bersama KP SLDN Wilayah Tengah dalam sesi Reaheasel bakal calon garaduan SKM/SLDN 2014 di PL Adtec Kamunting, Taiping, Perak

 

 

KOLEKSI UPACARA KONVOKESYEN


MAJLIS KONVOKESYEN SLDN SKM KE 3

PKT. NEGERI PERAK DI PST. LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING, PERAK PD. 16HB. DEC 2014 


KONVOKESYEN SLDN KE 2 PKT NEGERI PERAK

DIRASMIKAN OLEH

YB DATO' HJ. ISMAIL BIN HJ. MUTALIB

TIM. MENTERI SUMBER MANUSIA

DI DEWAN BENQUIT RTC GOPENG, PK PD. 8 DIS. 2013

 

 

Upacara Majlis Konvokesyen SLDN/SKM Ke 2 bagi tahun 2013, Pkt. Negeri Perak telah dirasmikan oleh: YB Dato Hj. Ismail bin Hj. Mutalib Tim. Menteri Sumber Manusia di Dewan Besar Benkuit, RTC Gopeng, Perak pada 8hb. Dis. 2013

 

 

 

 

YB Dato' Hj. Ismail bin Hj. Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia sedang memberi ucaptama dalam Majlis Konvokesyen SLN/SKM Ke 2 Pkt. Negeri Perak di Dewan Besar Benkuit, RTC Gopeng, Perak pada 8 Dis. 2013.

 

 

 

 

Pn. Suriyani bt. Sadri Pengerusi Majlis & Penaung Persatuan Pst. Beratuliah SLDN Negeri Perak sedang memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Konvokesyen SLDN/SKM Ke 2 Pkt. Negeri Perak


MAJLIS KONVOKESYEN SKM/SLDN KALI PERTAMA (1)

PKT. NEGERI PERAK  - DIRASMIKAN OLEH:

YB DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN

TIM. MENTERI SUMBER MANUSIA

DI DEWAN BENQUIT RTC GOPENG, PERAK PD. 8 OKT. 2012


Gambaran Pentas Terakhir Majlis Konvo SKM/SLDN 2011/2012 di RTC Perak

Sesi bergambar pengurus-pengurus pusat latihan SLDN Perak / Selangor / Kelantan bersama YB Dato Maznah Mazlan dan YB Dato Zahir Abd Khalid.

Persiapan Majlis Konvo SKM SLDN

 

 

En. Nayan pengurus pentas sebok mengaturcara semasa reheasel sedang memberi arahan kepada para perantis yang akan selaku penerima sijil SKM dalam konvokesyen SKM SLDN sesi 2011/2012 peringkat Negeri Perak.

 

 

 

 

 

 

YB Dato Maznah Mazlan, sedang menyampaikan SKM SLDN sesi 2011/2012 kepada para perantis-perantis pelbagai bidang bagi negeri Perak / S'ngor dan Kelantan.

 

 

 

 

Gambar kenangan bersama YB Dato Maznah Mazlan Tim. Menteri Sumber Manusia

 

 

 

Ops.. tunggu daftar dulu baru boleh masuk ke RTC untuk reheasel konvo.

 

 

 

Yang ni pula... tak sabo nak naik pentas riheasel selaku perima sijil SKM ha..ha..ha.

 

 

 

Cepat-cepat tolong rakam foto kami... sebelum YB Dato sampai rasmi konvo kami semua.

 

 

 

 

 

Eh... si kecik ni sebok menyelit nak tumpang konvo juga.

 

 

 

Inilah sebahagian pengurus-pengurus PL SLDN Perak bukan main begaye deme ye hu ..hu!!!

ATURCARA MAJLIS :-

Bermula jam 4.30ptg. Majlis Konvo julungkali diadakan bagi Perantis-perantis SLDN semua bidang latihan yang telah diadakan di RTC Perak, Gopeng pada 8 Okt. 2012

 

Upacara dirasmikan oleh:

YB Dato' Senetor Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Turut hadir wakil MB Perak YB Dato Zahir Abd Khalid Exco Pendidikan Negeri Perak.

 

Kehadiran:

Sebanyak 280 Perantis SLDN pelbagai bidang bagi negeri Perak, Selangor dan Kelantan turut hadir dalam upcara gilang gemilang.

 

Perantis Koleksi Ezzany;

Sebanyak 2 orang perantis senior 2009/2010 telah hadir yang lain tu dah beranak pinak & bekerja susah pula nak turut serta.  Yang seronoknya 9 orang perantis sesi 2011/2012 yang bergaya sakan nak bergambo-gambo pakai topi/jubah.  Apalagi Pengurus Pst. Latihannya tengoklah gambo sebelah link tu..... beborak sakan dengan YB-YB jelous aku........

 

Anugerah:

Anugerah Perantis Cemerlang bagi Syarikat & Pst. Latihan Koleksi Ezzany, ialah Cik Nurul Ernie Syakira bt. Nazali, dinobatkan sebagai Perantis Cemerlang bagi syarikat & PL kami, tengok gambo sebelah link tu ok.

 

Semua Perantis berasa gembira kerana dapat peluang macam graduan lain lepasan U, ibu bapa turut serta teringin nak tengok anak-anak merasa pakai topi/jubah dah dapat kan...???, inilah kali pertama dapat berjabat bersua muka dengan Tim. Menteri Dato Maznah Mazlan.  Mereka semua puas hati penat lelah berhasil dan di 'Graduat' dengan Sijil Kemahiran Malaysia bidang jahitan Tahap 2.  Terima kasih Koleksi Ezzany dan lain-lain agensi dalam menjayakan majlis ini.

 

Terima kasih semua,

dari teman yang baru tamat kursus belajo buat laman web, ni lah... pertama kali nak cuba-cuba buat laman web sendiri idea sendiri free x kena bayo sesin pun, ha.. ha.. kalau bagus puji, kalau tak cukup ommm.. tolonglah tambah resepi komen merapu dari anda semua ya?.

 

Dari Penyelaras Sykt. 

25 Jan 2013.