PB-SLDN KOLEKSI EZZANY

PROFILE SYARIKAT:

 

KOLEKSI EZZANY @ web: jahitanezza.jimdo.com, adalah sebuah Syarikat milik tunggal Bumiputra yang ditubuhkan pada 10hb. Okt. 2000, dan beroperasi sepenuhnya di No.16, Gerai Rakyat Fasa 2, Jln. Stesen, 34600 Kamunting, Perak D.R

 

2. Peringkat awal penubuhan; hanyalah menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pengusaha kedai dan tukang jahit pakaian moden & tradisional secara kecil-kecilan setelah berhenti berkhidmat sebagai seorang Guru Pendidikan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Taiping, Perak dan mula menceburkan diri dalam bidang usahawan berniaga sendiri.

 

3. Mulai Feb. 2009, telah dinaiktaraf dan diberi tauliah sebagai sebuah PL Pentauliahan di bawah Pogram SLDN, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pada masa sama, syarikat ini dipromosikan sebagai 'Institut Kemahiran Jahitan Pakaian Lelaki / Wanita & Kanak-kanak' satu-satunya yang beroperasi di Zon Utara Kamunting, Taiping, Perak.

 

4. Mulai Mac 2018, PL & Sykt. Koleksi Ezzany telah ditauliahkan sebagai PB-SLDN Pembuatan Pakaian Wanita dengan kelulusan kuota kapasiti maksima perantis 50 orang = (15 SLDN Khas & 10 P/Tahap) 2X dua kali pengambilan setiap tahun.

 

5. Kelayakan perantis: terdiri daripada penganggur, pelajar lepasan sekolah, PMR, SPM, dan pelajar/garaduan yang belum dapat tawaran meneruskan alam persekolahan/pekerjaan. Program ini mula dipromosikan sebagai SLDN (Khas) RMK-10 hingga SLDN RMKe-11-Tahun 2019.  Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ke menara gading @ lepasan, kami sedia menerima calon atau pemohon yang berminat untuk mengikuti prog. SLDN latihan kemahiran dengan berinsentif oleh pihak kerajaan (JPK) atau kos sendiri.

 

5. Persijilan; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap 1-2-3 adalah ditauliahkan oleh JPK/SLDN setelah anda semua tamat latihan dan berjaya dalam peperiksaan akhir SLDN dengan agrigad Terampil/Cemerlang. Anda juga boleh melanjutkan ke SLDN P/Tahap/Diploma/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM/DLKM/VTO) dan seterusnya dengan memohon melalui online JPK CIAST Shah Alam.

 

6. Mulai Julai 2011, pihak syarikat & Pst. Latihan ini telah mendapat kerjasama dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) sebagai 'Panel' rujukan Penyedia Latihan Kemahiran bagi para anggota (ATM), bakal pesara untuk menjalani 'Latihan Peralihan' dengan modul latihan pilihan. Majoriti peserta adalah mereka yang bertugas di Zon Utara Perak / Pulau Pinang dan luar yang akan kembali bersara ke distinasi.

 

7. Tidak dilupakan golongan individu belia remaja, kaum ibu/Ibu-ibu tunggal yang berminat dan ingin mendapatkan latihan kemahiran secara tajaan mana-mana institusi yang akan menaja sepenuhnya bagi melaksanakan beberapa program kerajaan/swasta kami juga menyediakan tempat dan jadual latihan.

 

8. PB-SLDN Koleksi Ezzany, akan meneruskan siri program SLDN RMKe-11 sehingga tamat pada Dec 2020.  SLDN RMKe 12 tahun 2021, kami akan mengikuti perkembangan semasa pertukaran kerajaan baru (PH). Untuk info pemohonan menyertai program SLDN RMKe-12-2021, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut...... 

 

9. Program SLDN RMKe-12 Tahun 2021 akan menyusul semoga negara kita aman dari wabak Pendemik Covid-19 dan keadaan politik dan ekonomi kembali pulih setabil

 

10. Pendaftaran Perantis SLDN; syarat2 permohonan umur 16 thn. dan keatas bagi lepasan sekolah, PMR, SPM, penganggur atau lepasan Universiti yang belum memiliki SKM adalah dialu-alukan menyertainya.

 

11. Bagi perantis SLDN atau individu, pekerja industri/ kilang/ peniaga yang telah memiliki SKM, juga dipelawa untuk meningkatkan tahap persijilan SKM anda mengikut tahap adalah terbuka. Kuota pengambilan adalah berdasarkan tawaran pihak Kerajaan (JPK/SLDN)

 

12.  Alkhamdulillah, mulai tahun 2021 semua syarikat/PL PB-SLDN dan perantis SLDN telah menikmati kenaikan elaun/berinsentif daripada RM350 ke RM500per. bulan, bagi menghadapi kos penyedia latihan dan kenaikan bahan latihan yang kian meningkat.

 

13.   Program SLDN 0.2 RMKe-12-2022, bagi SLDN Khas & P/Tahap telah berjalan mulai Sesi Feb. 2022 - Sep. 2022 (8bln) setelah pendemik Covit-19 beransur normal.

 

14.   Bagi program tahun 2023, pihak PB-SLDN kami sedang merancang agenda.... bagi calon yang tidak mahu ketinggalan menyertai program, kepada sesiapa yang berminat sila hubungi H/P: 012-5370376 Pn. Shaliza Hj. Safri.  

 

Sekian, dari meja penyelaras.

Tkh. 12 Ogos 2022 - 10.00am. - (Update)  


Aktiviti PB-SLDN Jahitan Koleksi Ezzany:-

1.  Program SLDN RMKe-12-2021-2025 adalah seperti berikut:-

      1.1   SLDN Khas RMKe-12 Tahun 2021/2022 sedang berjalan.

      1.2  P/Tahap SLDN juga akan tamat pada Sep. 2022.

      1.3  SLDN (B) Lat. Peralihan ATM (PERHEBAT (T1-2) sedia ada.

      1.4  Calon PPT/VTO sila berhubung/rundingan dengan pihak kami.

      1.5  Program luar SLDN,  prog. tajaan hujung-hujung minggu sahaja.

2.   Tempoh Latihan:-

      2.1   Prog. SLDN SKM Tahap 1-2 : 8 bulan.

      2.2  Prog. P/Tahap SLDN/SKM 3 : 8 bulan.

      2.3  Prog. Modul pilihan - bergantung pada pilihan individu.

3.   Persijilan SKM:

      3.1   SKM - Pembuatan Pakaian wanita - Tahap 1-2

      3.2  SKM - Pembuatan Pakaian Wanita P/Tahap 3.

      3.3  DKM/DLKM PPT/VTO (atas permohonan)

 

5.  Peningkatan diri, para Perantis/Individu yang telah memiliki SKM Tahap 1-2-3 di atas, boleh memohon kepada Institusi Pengajian Tinggi untuk melanjutkan bidang dan tahap pengajian kepada DKM/DLKM/VTO, dan Ijazah melalui online CIAST.

 

6.  Bagi individu yang ingin mendapatkan persijilan (PPT), Peg. Latihan Vokasional (VTO), juga boleh menghubungi kami bagi urusan pendaftaran dan mengikuti latihan tunjukajar dengan kerjasama konsulten berdaftar / disediakan, atau lebih lanjut boleh mohon kepada pihak JPK/CIAST untuk keterangan lanjut.

 

7.  Perancangan:

Perancangan akan datang tahun 2021-2025 untuk penambahbaikan Sistem e-SLDN sedia ada dan terbaru ke sistem 'MySPIKE' dan COPTPA yang  sedang digunapakai semua pihak dari semasa ke semasa/terkini......

 

Sekian, T/Kasih

Dari Penyelaras.

12 Ogos 2022 11.50pm. update. 

 

AKTIVITI TAHUN 2021/2022


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu pihak pengurusan PB-SLDN dan Sykt. Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua pengunjung laman ini, para Perantis SLDN kami yang telah tamat latihan mahupun yang masih mengikuti latihan.

 

2.   Prog. SLDN RMKe-11 Tahun 2020, telahpun tamat bagi Sesi 01 Mac 2020 bagi Tahap 1-2 & 3 Pembuatan Pakaian Wanita pada Okt 2020.

 

3.  Program SLDN RMKe-11 2019/2020 telahpun berlalu yang banyak cabaran dlm. tempoh Pendemik Covit-19. PB-SLDN menerima tawaran JPK/SLDN WT untuk memulakan program tahun 2021, jika ada rezeki utk. kuota lebih kami akan mulakan jadual pengambilan perantis pada awal tahun 2021, dan latihan dijangka bermula pada bln. Mac 2021. Syukur.... sambutan calon SLDN sentiasa menggalakan.

 

4.      PB-SLDN Tahun 2021, banyak menerima permohonan bakal calon SLDN Khas & P/Tahap RMKe-12 tahun 2021 dan kuota masih terbuka kepada semua.

 

5.  Bagi pihak Sykt PB-SLDN Koleksi Ezzany, kami berterima kasih kepada JPK/SLDN Cyberjaya & JPKWT, kerana menawarkan program SLDN RMKe 12 Tahun 2021, dan kuota calon telah memenuhi sehingga Sesi Mac 2021.  Kepada rakan-rakan seperjuangan PB-SLDN jangan ketinghgalan mohon kuota perantis pd. tahun ini. Rekod pencapaian perkhidmatan kita harus dijaga bersih jujur dan sentiasa mengikut sistem semasa dalam menjalankan program terkini.

 

6.  Kepada semua Perantis SLDN sesi lepas yang telah menamatkan Latihan, semoga mempraktikkan segala ilmu diperolehi dan cuba mencari pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri, selamat mencuba dan berjaya. 

 

7.   PB-SLDN Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Tenaga Pengajar/Coach kerana sumbangan anda semua dalam menjayakan Program SLDN yang berterusan dengan kuota perantis Batch Mac 2021 & Feb 2022 berjaya dilaksanakan.  Syabas anda semua berjaya.  **SLDN RMKe-12 2021** telah meninggalkan kita pada Okt 2021*.  Selamat Datang dan selamat bertugas program SLDN RMKe-12 Tahun 2022.

 

8. Terkini; wabak pendemik 'CORVID-19' telah beransur pulih, dan peringatan kepada semua perantis Batch Feb 2022, yang sedang mengikuti latihan sentiasa menjaga diri dan kesihatan untuk persiapan menghadapi peperiksaan akhir SLDN/SKM teori/praktikal pada penghujung Sept. 2022.

 

9.   Cabaran!!!! Sepanjang musim Covid-19, PB-SLDN kami telah membantu sebagai 'Sukarelawan' daripada Pengarah Hospital Taiping, Perak bagi membantu kerja-kerja menjahit dan menyiapkan sut pakaian (PPE) Covid-19 kepada petugas Barisan Hadapan (Frontliner) Hospital Taiping dan Pst Kesihatan Daerah (PKD) Taiping. Terima kasih kerajaan (KKM) kerana memberi kepercayaan kepada kami dan perantis yg. sedang dalam latihan (Pengalaman berguna).

 

10. Arahan semasa; mulai 01hb. Julai 2020, semua PB SLDN diarah dan dibenarkan membuka semula kelas SLDN dan dikehendaki memenuhi kurikulum pembelajarannya pada berbaki 6 bulan hingga Dec 2020, harus menampung pembelajaran yang tertangguh dengan credithours secara 'Online' bagi layak menuntut tuntutan elaun insentif PL/Sykt & prantis (Pengalaman berguna).

 

'" KEPADA SEMUA PERANTIS SILA KEMBALI KE KELAS "

 

T/Kasih dari meja pengurus.

01-Ogos 2022 - 10.00pm---->>>

  


SELAMAT TAHUN BARU 2021-2022

Selamat tahun baru 2021, seperti biasa tahun ini PB-SLDN kami mendapat kuota penuh perantis 10-10.  PB-SLDN telah menerima kemasukan perantis SLDN Khas sebanyak 10, menakala P/THP3 sebanyak 9 orang sahaja.

 

2.  Syukur keadaan Covid-19 telah beransur pulih dan semua PB dapat kembali menjalankan program dengan lebih sempurna.

 

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Selamat tahun baru 2022, syukur kepada semua pihak kerana semua PB SLDN telah kembali pulih daripada virus Corvid-19, semua 20 perantis dapat mengikuti program penuh SLDN Khas dan P/Thp berjalan lancar selama 8 bulan latihan mulai Feb - Sep 2022.

2.  Peperiksaan akhir SLDN dijangka diadakan pd. penghujung Sept. 2022, semua perantis T2-T3 bersedialah diuji kepakaran anda sebagai pakar jahitan pakaian.

 

Oleh Penyelaras

26 Jun 2022 11.00pm.

 


MAJLIS KONVOKESYEN SLDN KE 4 PKT. NEGERI PERAK

DI RASMIKAN OLEH:

DYTM RAJA MUDA PERAK RAJA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA

DI DEWAN SERI PERDANA KOLEJ SAINS KESIHATAN BESEKUTU

SULTAN AZLAN SHAH, HULU KINTA, PERAK

PADA ISNIN 7HB. DEC. 2015

Sesi bergambar semua pengurus PB-SLDN Negeri Perak, perkenan bersama kebawah DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Pengerusi J/kuasa Pelajaran Sains, Alam sekitar dan Teknologi Hijau, Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Mohammad Amin Zakaria, T/KP JPK P/Jaya, Pengarah SLDN C/Jaya, dan Def-def jemputan.

 

 

KONVOKESYEN SLDN KE 3 TAHUN 2014

 

KENANGAN LALU:-

UPACARA MAJLIS KONVOKESYEN SLDN KE 3 TAHUN 2014 DI

PST. LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING 16 DEC. 2014

En. Ismail Shuib bersama rakan Perantis Lat Peralihan ATM Sesi Jul 2013 sempenana Konvo SLDN Ke 3 di ADTEC Taiping pd. 16 Dec 2014
En. Ismail Shuib bersama rakan Perantis Lat Peralihan ATM Sesi Jul 2013 sempenana Konvo SLDN Ke 3 di ADTEC Taiping pd. 16 Dec 2014
Pn. Norhafriza dan rakan Perantis Pranita & SLDNK 2011 - 2014 sempena Konvo SLDN Ke 3 di ADTEC Taiping pd. 16 Dec 2014
Pn. Norhafriza dan rakan Perantis Pranita & SLDNK 2011 - 2014 sempena Konvo SLDN Ke 3 di ADTEC Taiping pd. 16 Dec 2014
Pengurus PL Koleksi Ezzany Pn. Shaliza Hj Safri, bersama Perantis Cemerlang SLDNK 2014, dan Coach PPT GIATMARA Manong & Kg. Gajah, Perak bergambar sesi kenangan selepas pentauliahan Sijil SKM & PPT
Pengurus PL Koleksi Ezzany Pn. Shaliza Hj Safri, bersama Perantis Cemerlang SLDNK 2014, dan Coach PPT GIATMARA Manong & Kg. Gajah, Perak bergambar sesi kenangan selepas pentauliahan Sijil SKM & PPT

 

 

MAJLIS KONVOKESYEN SLDN KE 2 PKT. NEGERI PERAK DI RTC GOPENG, PERAK PD. AHAD 8HB. DEC. 2013 DI RASMIKAN OLEH: TIM. MENTERI SUMBER MANUSIA YB DATO' HJ. ISMAIL BIN HJ MUTALIB

 

 

 

 

 

Tim. Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Hj. Ismail bin Hj. Mutalib sedang memberikan ucaptama Perasmian Majlis Konvokesyen SKM SLDN Ke 2/2013, di RTC, Gopeng, Perak pada 8 Dis. 2013 (Ahad).

 

Pengarah Pembangunan Kemahiran Dato' Phang Cheong Leong, sudi menyampaikan Sijil Penghargaan JPK SLDN kepada Pengurus PL Jahitan Prog. SLDN, Pn. Shaliza Hj. Safri.

 

YB Dato' Dr. Mohd Amin Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Perak, sedang menyampaikan SKM Peningkatan Tahap SLDN Tahap 3, kepada Perantis Cemerlang bagi PL Jahitan Koleksi Ezzany, Kamunting, Perak En. Mohamad Hanafi bin Saharuddin.

 

 

 

YB Dato' Dr. Mohd Amin Exco Pendidikan Negeri Perak, menyampaikan SKM (PPT) kepada Coach SLDN PL Koleksi Ezzany En. Mohamad Noor bin Abdullah.

 

 

 

 

Sambil menunggu ketibaan YB Dato Maznah Mazlan, Dato Mhd Zahir Abd Khalid dan def-def jemputan diupacara majlis konvokesyen sempatlah merakam gambar kenangan bersama para perantis yang hadir.

PERANTIS CEMERLANG TAHUN 2013 (SKM TAHAP 3)

 

 

 

 

 

En. Mohamad Hanafi Saharuddin, Coach SLDN telah dianugerahkan Perantis Cemerlang Peningkatan Tahap SLDN / SKM3 oleh Tim. Menteri Sumber Manusia pada Majlis Konvokesyen ke 2 tahun 2013 pd 8 Dis. 2013 di RTC Gopeng, Perak.

Barisan Perantis sesi 2009/2010 & 2011/2012, sesi bergambar bersama Penyelaras Syarikat, penyelaras Pst. Latihan Koleksi Ezzany selepas upcara Majlis Konvokesyen penganugerahan SKM SLDN peringkat Negeri Perak pada 8 Okt. 2012 di RTC Perak, Gopeng.

 

Sebanyak 15 Perantis SLDN (Lat. Peralihan ATM) Sesi Jul 2012 & Jan 2013, 4 Perantis Peningkatan Tahap SLDN / SKM3 Sesi Feb 2013, dan 1 Coach SLDN (PPT) telah dianugerahkan SKM masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke 2/2013 di RTC Perak, Gopeng pd. 8 Dis. 2013 yang telah dirasmikan oleh Tim. Menteri Sumber Manusia YB Dato Hj. Ismail bin Hj. Muttalib

 

 

 

 

 

Tahniah kepada anda semua yang berjaya.

JARUMAS :-

 

 

 

 

Perantis Cemerlang SLDNK-10

Nurul Arnie Syakira Nazali

JaruMas Ezzany

Para Perantis SLDN Khas & P/Tahap SKM Sesi Jan 2015, dan Perantis Lat. Peralihan ATM (PERHEBAT) Sesi Jan & Jul 2014/15, telahpun tamat latihan dan berjaya dalam peperiksaan akhir pada Jun dan Dis. 2015 dengan Trampil/Cemerlang. Syabas kami ucapkan diatas kejayaan anda semua yang tekun dan sabar menjalani latihan diberikan selama 10-12 bulan.
 

4.   Kepada perantis SLDN Khas/P/Tahap dan Lat. Peralihan ATM yang berjaya menamatkan kursus di PL Koleksi Ezzany, kami ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama anda dan semoga anda maju jaya dalam kerjaya masing-masing, bagi pesara ATM semoga berbesarhati sepanjang berkursus disini walaupun ada susah/senangnya dan ucapan selamat bersara.  Tahniah anda 'you all the best student... 2014 - 2015.

 

Kepada,

Semua pihak, kami memohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan sepanjang mengikuti kursus/latihan, komen membina anda adalah dialu-alukan samada dari skop kurikulum pembelajaran dan mutu perkhidmatan yang mungkin boleh kami lakukan penambahbaikan / tambah nilai.

 

Terima kasih,

Dari Penyelaras Sykt & PL

15 Nov. 2016 (update).

 

layari laman kami seterusnya.....